Tips Bangun Subuh..
Sebelum Tidur ( Fokusnya persiapan sebelum tidur)
1. Sebelum tidur, lakukan persiapan yang sewajarnya. Ini kerana kita akan melangkah ke alam tidur. – Ada sesetengah orang menyatakan ia sebagai alam kematian yang sementara. Kita kena bersedia. Are You Ready?
2. Pastikan tempat tidur berada dalam keadaan yang sesuai da selesa untuk tidur. Pastikan ia kemas dan tidak kotor.
3. Ambil wudhuk, bersihkan muka dan gosok gigi agar mulut anda bersih dan suci. Saya pasti, anda akan merasai kesegaran dan kenyamannya.
4. Biasakan dirikan solat sunnat 2 rakaat – terpulanglah sama ada solat taubat, hajat atau apa pun. Jika saya, kebiasaannya solat sunat taubat. Aggaplah ia sebagai stesen muhasabah diri sebelum melelapkan mata.
5. Jika mampu, tutupkan malam anda dengan membaca Al-Quran. Biasanya selalu kita lihat ramai yang melazimi surah Al-Mulk sebelum tidur. InsyaAllah, kita juga boleh lakukannya.
6. Setkan jam loceng atau alarm telefon bimbit pada waktu yang ingin anda bangun. Sedikit pandangan saya, jika boleh setkan alarm telefon dengan alunan azan atau ayat Al-Quran. Bagi saya, ia sangat-sangat sesuai. Kita dikejutkan dengan kalimah-kalimah yang mulia. Cuba elakan dengan muzik-muzik yang tidak selari dengan nafas ruh Islam.
7. Baringkan badan dengan selesa dan baca tiga kul. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian tarik nafas dan hembus dengan keselesaan anda.
8. Justeru, pejamkan mata dan sambil-sambil beristighfar dan berzikir sehinggalah mata terlelap tidur dengan tenang, aman dan damai.
Selepas Tidur
1. Kita akan terjaga jika terdengar jam loceng atau alunan azan daripada telefon kita. Ok baiklah, cuba elak untuk menutup bunyinya sehinggalah anda benar-benar tersedar.
2. Kemudian, duduk dan cuba elak dari membaringkan diri semula. Kemudian, bacalah doa bangun subuh.
3. Baiklah, Rasulullah SAW memberi panduan kepada kita bahawa apabila kita tidur terdapat 3 ikatan yang diikat oleh syaitan semasa kita tidur. Justeru ada 3 kaedah untuk merungkaikan ikatan itu. Yang pertamanya telah saya sebutkan dalam tips ke 2.
4. Baiklah, seterusnya terus ke bilik air basuh muka, gosok gigi dan bersihkan badan. Dan ambilkan wudhuk dengan tenang. InsyaAllah, wudhuk akan merungkaikan ikatan yang ke dua.
5. Seterusnya, kata Rasulullah kita dirikan solat sunat 2 rakaat. InsyaAllah ikatan ke 3 akan terungkai dengan izin Allah SWT.
6. Dan, selepas itu saya yakin kita akan sedar, bertenaga dan ceria. Dan boleh kita membaca Al-Quran dan sebagainya.
I don't need to say anything. I'm too ashamed to add anything
Taken from my friend's family blog. May Allah bless them.
Doa Sebelum Tidur dan Doa Sesudah Bangun Tidur
Author: Agus Waluyo 7 Apr
• Sebelum Tidur Membaca Doa :
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutuArtinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati
• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyurArtinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
Keterangan :
Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :
عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ
Artinya :Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (Bukhari)
No comments:
Post a Comment